Template by:
Free Blog Templates

Jumaat, 25 September 2009

Mari Belajar Bahasa Terengganu...

Dgr lgu dlu sket..



kosa kata:

Narak, Awa

Narak - takkanlah
"Takkanlah sampai macam tu sekali"
"Narak tokkey lagu tuh skali"

NNarak- merebak
"Sak main api tu, nnarak naik ko langsir key"
"jangan main api tu, nanti merebak ke langsir kang"

Awa - tak tau ape makna tepat.. perkataan ni jarang digunakan dah.. kerana ia lebih banyak digunakan dlm ayat bernada menyindir/mengejek. lebih kepada menujukkan sebab kepada ayat sebelumnya. boleh jadi kata hubung.. awa ni x jarang digunakan dah tapi ada perkataan utk menggantikan awa iaitu smeta.

"Nok nunjuk la tu, awa ko beli keto baru"
"Nak menunjuk la tu, ____ baru beli kete baru"
"Nok nunjuk la tu, smeta ko beli keto baru"

==========================

ade beberapa teknik salah satunya iaitu pemendekkan perkataan 'di' dengan menambahkan 'sabdu' pada sebelum perkataan tu. Tetapi ada beberapa imbuhan me dan ber juga dipendekkan sebutannya menggunakan teknik ini.

contohnya: dalam, luar, jumpa, berjanji, melompat

penggunaan 'e' dlm loghat kelantan biasanya hampir 100% guna e' sama bunyi seperti perkataan emak, ekor..

dalam - Sebutan : ddale / 'dale

"bubuh air ddale koli" = "masukkan air dalam kuali" tetapi kalau perkataan dalam digunakan tanpa sabdu ia membawa maksud asas perkataan tersebut. "air ado dalam koli" = "air ada dalam kuali".

Lluar / 'luar = di luar
luar = luar

Jjupo / 'jupo = jumpa
jupo = jumpa

jjanji / 'janji = berjanji
janji = janji

nnopak/ 'nopak = melompat
lopak = lompat

tidak terhad kepada loghat kelantan tetapi juga terengganu..
cuma berbeza pada pangkalnya

Lluor / 'luor = di luar
luor = luar

Jjuper / 'juper = jumpa
juper = jumpa

jjanji / 'janji = berjanji
janji = janji

nnopak/ 'nopak = melompat
lopak = lompat


====================

perkataan hampir pupus

kelorek - kedekut

(jarang digunakan terutama dijajahan kota bharu, bachok, pasir putih : lebih banyak digunakan 'kupik')

um.. biaso la org mudo malah nok guna doh perkataan lamo bilo ado perkataan baru.

====================

DOK JUENG= TIDAK BERKAWAN
DOK PALUK= TIDAK SEDAP
DOK SERER MANER= XBERAPA NGAM

lepah laku – bebas tanpa gangguan, sampai hajat
sejuk siyyak – terlalu sejuk, terlalu lama terhidang (makanan)
dok tau chennak – kurang arif tapi masih melakukan sesuatu tanpa pertimbangan wajar
kheppok – luku (sekeh kepala)
kheppuk – keropok
segok – menanduk (kerbau/lembu/kambing adalah pelakunya)
sigong – menyiku
kurang sara – kurang waras/siuman
kurang samah – kurang waras/siuman (samah – satu amas @ 50 sen)

iseng – gila
toyyor – tersipu2 (kerana dimalukan)
nenngeng – termenung, mengelamun, berangan?
serok – bekas simpanan barang diperbuat dari anyaman mengkuang
kutil – cubit dgn kuat (pehe – “pair hey”)
air cho – air buangan dari sinki dapur
air lamenik – air berkarbonat dlm botol kaca gelap….biasanya cap bas
saggong – 1. makanan tradisional (mcm serdak kuih raya). 2. gong, sombong, angkuh

beleh – mengantuk, letih, tak larat
panahsang – kepanasan, sakit hati
merah pijor – merah muka disebabkan berjemur di bawah terik matahari
sput – (spot) sepakmula dlm bolasepak..merujuk kpd bulatan kecil di tengah padang

nettang nerrak – (terlentang tertiarap) tetap berusaha dlm apa jua keadaan sekalipun
lotek – memanjakan anak (atau binatang peliharaan)
kerisi hangit – ikan kerisi yg kecil (Marang & Dungun)
romang – raut wajah, seri wajah seseorang
labbe – labah2
kurre – kura2
kattu – kelkatu
beloza – bulldozer, jentolak

stewong – lori hantu pengangkut balak dlm hutan
ngekkoh – 1. merekah 2. ibadat aqiqah
ngakkah – menyelongkar
ngendeng – menghadirkan diri kerana inginkan sesuatu
senggeng – berbaring pd sisi badan
seng ngeng – hampir terbalik
ayamang – burung ayam-ayam (burung sawah)
bole – buta

kesek – cedera sebelah mata (walaupun tidak buta)
ripik – sepit (mata)
sepek – sepit (mata)
sekku – lazat (rasa gitu gitu je) merujuk kpd makanan
lebu – terlalu ranum….buah
seranek – tumbuhan seakan lalang dan bilahan daunnya boleh melukakan kulit (serai nenek?)

pe’er – (pair A) meragam, buat perangai (kanak2)
jerebak – tersembam dan tertiarap
lodoh – terlalu lama dimasak (ubi kayu, daging?)
tebeng – (teh beng) membina halangan, menghalang pandangan, memasang pukat
lecah berrah – tidak cukup perisa
lecoh – berlumpur?
bese – kerap kencing
becce – bernanah di bawah kuku
beco/beca – silau

seriya – gerun, takut, seriau
leklek – se olah-olah, beriya-riya, saling tak tumpah, hampir sama
jetteh – bercambah (biji benih)
tua rete – doh tua-tua ni!
tok tuwwe – mertua
muda jettik – terlalu muda
putik lekok – belum masak lagi (buah), masih putik
sepeng – tersalah gunting (rambut) dan tidak sama antara kiri dan kanan kepala

selek – tempelan, pura-pura, sekadar lakonan
lesek – melumuri dgn minyak dsb
suda – anak lalang yg baru tumbuh (dan tajam), halangan tajam di atas batas sawah

sudi – ujian utk meyakinkan ilmu sesorang
rong – batas tanaman
secopeng – sebahagian (yg tertanggal biasanya!)
berkebuk – berkepul kepul (asap), lari dgn pantas
jebbek – menangis, hiba, tak laku
ranggong – penyambung antara tali utama dan perambut (diperbuat dari tanduk/plastik) istilah memancing

wak lolok – tipu, pura2
sepeseng – (satu fashion), sama bentuk, gaya dsbnya
secoleh – amat sikit
ubat jarrang – pil / kaedah menjarangkan kelahiran
puwwing – terselak/terlondeh dan menampakkan punggung
limau lelang – limau kasturi
tenner – sejenis petola (petola panjang berbucu mcm belimbing)
kepong – (kaypong) memapah, mendukung, menggalas?
kepong – cengkung, kurus
jenjek – berjalan dgn tumit terangkat

cibik – jinjing
peteh – permulaan proses melapah (bukan ‘peteh trg peteh)
pok – cukup masak (ubi kayu, daging etc)
lawan cacang – bersemuka, menyanggah
pelawang – deretan bubu yg dilabuhkan/diturunkan di laut
khoccong – bahagian belakang pukat (tunda, jerut) di mana terkumpulnya hasil tangkapan

ropong – tidak sempurna, terbuka sebahagiannya
daganang – org tengah, pemborong ikan
galluk – menyibuk
belede – agar-agar, jelly
simbbong – berlaku pada dan tempat yg sama, 2 ekor ibu ayam bertelur dlm satu sarang
dedeh – memotong ikan (fillet) utk dijadikan umpan
galang – halang
galang-gete – papan penyambung antara tiang rumah kayu (fungsinya macam sagam)

rodok – menikam (jarak dekat)
rabuk – merampas, mengambil dgn kasar
bokkok – biadap terhadap org yg lebih tua
belenja – meleleh (air liur dsbnya)
pengah – bau yg menusuk hidung
pongoh – panas baran
genung – kayu pagar yg dipaku selari dgn tanah (lawannya adalah tiang/turus pagar)

lanung – pelangi (istilah orang tua)
ogok-ogok – perlakuan mempersenda, tidak endah
percung – dengan sengaja dan bersungguh
gebeng – (begebeng) besar dan lebar
nettang kalang – berterabur, lari lintang pukang
tenggok – terbuka, dedah contoh : makanan yang tidak ditutup
kateh – bahagian tulang/badan

hok nih dok tahu la betul ke dok..............

aku kopi paste jer.......

Quote:
Ambe terlupa 2 fakta penting tentang kepenggunaan loghat Trg ning.

Pertama, ianya digunakan oleh penduduk di daerah Sedili dan Mersing di Johor dan sekitar daerah Rompin, Pahang (walaupun tidak sepekat di negeri Trg sendiri). Ini berlaku semasa penghijrahan nelayan Trg (Mengabang Telipot, Seb Takir, Cendering dan Marang) sekitar lewat 60'an dan awal 70'an ke daerah2 tersebut.

Kedua, penduduk di kepulauan Natuna dan Anambas juga menggunakan loghat Trg walaupun terdapat variasi tempatan. Anambas dan Natuna adalah wilayah Indonesia di Laut Cina Selatan, kira2 600km ke timur Dungun (latitude 04 48 Utara, 108 24 Timur). Asalnya mengikut sejarah, kepulauan ni adalah wilayah Trg tapi masa pra merdeka (1946), entah macam mana kita tak claim sebagai wilayah kita. Sekarang Natuna Anambas di bawah propinsi kepulauan Riau. Banyak minyak!!! Nelayan bubu Trg sering berulang alik ke sana, ikan pun banyak.

Sekadar Makluman
Quote:
untuk makluman semua peminat loghat terengganu. terengganu dibahagi kepada 7 daerah. iaitu besut, setiu, kuala terengganu, hulu terengganu, marang, dungun dan kemaman. ketujuh tujuh daerah ini mempunyai loghat asal yang berlainan. walau pun satu negeri.

besut- lebih mirip kepada pasir putih dikelantan.
utara setiu- mirip kepada besut
selatan setiu - mirip kuala terngganu. begitulah seterusnya hingga ke kemaman yang lebih mirip keutara kuantan. ini terjadi disebabkan oleh penghijrahan oleh penduduk yang berkaitan secara beramai ramai.

hanya hulu terengganu yang mempunyai loghat tersendiri. atau lebih dikenali bahasa orang ulu.

loghat loghat daerah diterengganu juga mempunyai nada dan lenggok tertentu ketika menuturkan nya. paling utama loghat terengganu mementingkan peranan sabdu didalam sebutan mereka.

harap tidak terkeliru dengan loghat loghat yang diutarakan.
Last edited by ain07ik; 11-11-08 at 07:05 PM. Reason: merge posts/buat perenggan
Reply With Quote
naiffusDamha
View Public Profile
Find all posts by naiffusDamha
#25
Old 11-11-08, 01:52 AM
naiffusDamha naiffusDamha is offline
Ahli VIP

Daftar Pada: 19 Jul 2006
Kiriman: 4,388
Re: Na na na Ganu kiter.........
motteng – terkuntang kanting, tanpa arah
gelibak – kelibat, bayang
senjoh – tarik dgn kuat (dari atas ke bawah) secara tiba-tiba
piyok – (piak) adunan sirih, gambir dan pinang racip utk satu suapan
culah – liat utk melakukan sesuatu (solat dsbnya), sukar utk meragut umpan

nonneng – tergantung, bergayut (bukan dgn telefon)
sete-ngete – serta merta
menarang – (menaram) prose melabuhkan/menahan pukat atau rawai
tupo glenyeh – amat tumpul
tupo glebek – amat tumpul

nyeng – hancur lebur
dok barrang – kata Cikgu Pa dalam memberi makna perkataan “canggih”
barang – paya bakau, tepian sungai air masin
khakkoh – menggerutu, bercerakah, tidak rata
locong – semuanya
pukul locong – 1. borong semuanya 2. kesimpulan dari tanggapan2

kallong – membaling ke arah suatu objek (yg agak dekat)
petong – kallong tapi jarak objek agak jauh
pelekong – balingan jauh
ta-go – balingan/hentaman bertubi2 (sekuat tenaga) dan jaraknya amat dekat, kata lain – ha-go

serabe – lempeng tawar (digunakan dlm upacara khurafat spt membuka tanah (pecah tanah) dsb. Makan serabe – dileteri (oleh isteri biasanya)
siwoh – burung pemangsa dari keluarga helang (falcon)
kangok – burung pemangsa (hawk)
klebek – membelek (buku, alat sulit dsb)
jenere – lena, nyenyak
serawa – berkuah spt pengat tapi tidak berisi
pleting – straw minuman
bollah – cakduh – loklak – kurang berhati2, gopoh
pucat belleh – terlalu pucat krn kurang sihat
tang mallang kena ke mung – asyik2 engkau je untung?!! (tang mallang – petang ke malam)

Tang mallang tumbah – amboi lamanya!
Erok – herot, tidak betul
Gessek – bergesel (mancis ikut loghat Kelantan)
Mecceh – lighter (cricket RM1.00 satu)
Colok – mancis api cap lada
Cokeh – cungkil, umpil
Ceh – menyalakan lighter/mancis, mat gian menyalakan ‘fit’ di atas kertas aluminium/perada

Acok – bahan2 yg digunakan dlm upacara khurafat membuang **** (pulut kuning, rokok dsb)
Semah – menjamu dewa/penunggu laut. Bersemah pantai – pesta tahunan di Trg asalnya adalah khurafat dan kekal begitu sampai bila2
Kocak – bersetubuh (kasar)
Biyyang – mengawan (utk binatang), berzina
Geluk – bekas simpanan air/getah burung diperbuat dari tempurung kelapa
Demoh – merawat bengkak dgn benda panas/tuala panas
Gonyoh – gaha – sental

Pehe – cubit dgn kuat (pair-hey) bandingkan dgn ‘kutil’
Debok – menumbuk (dgn tangan) di atas belakang seseorang dgn kuat
Debang – melempang seseorang bukan di pipi tapi di atas belakang
Sekeh – luku (kepala) bandingkan dgn ‘khekkuk/kheppuk’
Khessok – terperanjat, tergendala
Khabbe – terkejut (tersentak dari lamunan)
Chokkek – lafaz semasa latah
Chokkek mok mung – lafaz latah, banyak variasi lucah
Bleber – berleter

Selut pudda – berselut di seluruh tubuh (pudda – powder)
Ketik – gigit
Khekkoh/kerkoh – menggigit
Rangoh – makan dgn lahap
Ketek – curi
Khekkoh birra – mabuk laut umumnya. Khekkoh – gigit, birra – birai. Dirujuk kpd termuntah di tepi bot semasa berpengelaman ngeri sebegitu.
Khengge – kerengga
Monggeng – punggung

Bahang ttaik – kena tipu
Asap dok bbau – tertinggal jauh dlm perlumbaan motor/kereta. Dia naik RX-Z sedangkan kita Cuma dgn EX-5
Kocak berruk – rupa tak terurus
Awak-awak – anak buah, crew bot nelayan
Awak dondang – org baru dlm suatu pekerjaan, awak2 baru dlm bot nelayan
Khinning – buah kuini, (ada ke buah kuitu?)
Pat tapang – lengkap, cukup sifat, semua sisi (pat – empat)

Pat dahhak – pat tapang
Jeluwok – termuntah (spt kanak2 tersedak susu), mual, luga
Prebet – songlap ikan dari bot nelayan dan dijual di pasar gelap (khas di jeti pendaratan ikan shj, Chendering hingga Kemaman)
Kelepek – mencuri
M-bauk – roundabout (sebutan org tua)
Mak long – pelacur tua (Dungun)
Bata golek – bantal peluk
Kain sahhang – kain basahan
Kocok – goncang

Goggeh – hampir tercabut, bergoyang, tidak stabil (gigi goggeh)
Cong – mengocok daun terup
Soksek – dlm dam aji, mencari seri, tiada kesudahan
Temmung takkuk – bertemu hujung dgn pangkal, lengkap satu pusingan
Ganer – mekanik dlm bot nelayan pukat jerut (ganer – engineer)

jelira – sebati
pisang pangan – pisang hutan
dok seke – tidak disangka
rambutan pangan – rambutan hutan
nyor lembe – tumbuhan seakan palas, berbuah di pangkal dan amat manis
likah – aksi menjinakkan tenggiri (yg terkena mata pancing)

dok jadi khijje gawa, dok jadi kakkah – x ada guna
nissang madu – madu lebah
tukir (2K) – balang diperbuat dari buluh utk menadah titisan nira
chemor – (sebutan – chair more) agihan pendapatan awal utk crew bot nelayan (macam advance lah)
jeruwoh – laungan dari jauh (tapi masih boleh didengar), mengejek dari jauh

0 ulasan:

Catat Ulasan